Red Bobblehead Bunny

TERIMA KASIH !

Terima kasih kerana dapat melupakan saya dalam masa yang singkat. Terima kasih dapat melupakan semua kenangan dalam masa yang singkat. Terima kasih kerana telah mendapat kekasih baru yang jauh lebih baik dari saya. Terima kasih kerana meninggalkan luka yang paling berkesan dalam hati saya. Terima kasih kerana dapat buang saya dalam sekelip mata. Terima kasih kerana dengan senangnya dapat buang semua kenangan. Terima kasih untuk segala-galanya. Sekali saya maju ke hadapan, sekali saya teruskan langkah ke depan, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi. Terima kasih untuk semuanya. Saat kau kecewa nanti, jangan pernah datang muncul balik dalam hidup saya. Karma itu sentiasa ada. Biar masa yang menentukan. Lambat-laut, saya akan dapat lupakan kau 100%. Tunggu masa. Macam yang kau cakap, kau lupakan saya di sebabkan masa. Dan asal kau tahu, cinta saya tidak terbatas oleh waktu. Tidak pernah luntur. Tapi sebaliknya dengan kau? Luntur di sebabkan masa. Karma itu sentiasa ada. Sabarla wahai hati. Lambat-laun kau akan pulih jua :)