Assalamualaikum wahai saudara dan saudari. Its been a long time I disapears. Macam sebelum2 ni jugak, banyak 
benda yg berlaku, ada yang menyenangkan hati, ada yang menyakitkan hati,
 tapi semua ni mengajar saya untuk jadi lebih sabar. Well, sekarang umur
 saya pun sudah 19 tahun & sedar tak sedar, tahun depan umur akan menjangkau ke 20 tahun. Seriously saya tak sedia untuk pegang tittle 
'matang'. Bukan saja matang dalam cara pemikiran, dari segi sikap dan 
matang dalam pelbagai hal. Well, dalam hidup ni macam-macam dugaan kita akan dapat kan. Sama ada susah atau senang, saya yakin Allah ingin menguji kita dan membentuk diri kita ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia, we all are the SINNER. Tapi dari cara kita belajar dari kesilapan saja yang dapat mengubah kita. 
 Skips
 the topics, dunia percintaan saya? Hmm, dari mana dan bagaimana ingin 
dimulakan? 'Cinta lama' saya banyak bagi pengajaran untuk saya supaya 
lebih berhati2. Sekarang, ada beberapa orang hamba Allah yang memang 
baik hati sentiasa ada dekat dengan saya. Sentiasa jadi teman yang 
memberi semangat, menghiburkan saya saat duka, mereka ada untuk saya. 
Dan saya bersyukur untuk itu, sememangnya perancangan Allah memang 
hebat. Dan betul juga bila orang cakap, Allah akan berikan apa yang kita
 perlu, bukannya apa yang kita mahu. Kebiasaannya, kita akan mahukan 
benda yang dimata kita sempurna, baik dan menepati citarasa kita, tapi 
Allah tidak makbulkan, kerana dalam Allah menarik ataupun tidak 
memberikan apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin memberikan kita 
yang terbaik dalam hidup. Cuma sesetengah sifat tidak sabar dalam diri 
yang buat kita tergopoh-gapah tidak sabar dan mudah mengambil jalan 
pintas ataupun membuat keputusan tanpa berfikiran panjang. Ku akui, 
terkadang diri dan hati meraung dan mengeluh dalam hari seharian kerana 
mendapat sesuatu benda atau perkara yang tidak disukai, tapi sebenarnya 
ada hikmah kenapa Allah sengaja uji diri sedemikan rupa. Apa2 pun, saya 
bersyukur sebab ada teman yang baik dan menyayangi saya. 
 Soal
 hati? Kalau mahu cakap sampai esok pagi pun tidak akan habis. Well, 
seorang insan yang sangat saya sayangi, ingin diluah susah, ingin 
disimpan pun sakit. Saya rasa Allah cuma kenalkan kami dalam jangka masa
 beberapa bulan ni untuk menguji 1 sama lain. Nampak sangat kami tidak 
ada masa depan yang cerah untuk bersama. Kalau begini perancangan Allah,
 saya terima dengan hati terbuka. Mungkin jodoh tidak berpihak untuk 
kami, tapi kami cuma mendapat peluang untuk bahagia mengenal diri 
masing2 buat sementara. Kalau memang setakat ini, saya masih bersyukur. 
Cerita pasal hari-hari saya sebelum ni, sekarang saya sudah masuk sem.4. Exam lepas sedikit mengecewakan disebabkan kepuutusan yang cukup-cukup makan. Tapi saya masih bersyukur, Allah masih bantu saya dengan makbulkan doa saya. Mama & baba juga kunci kejayaan saya yang utama, tanpa doa mereka, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ni. Apa2 pun, sentiasa bersyukur dengan kehidupan dan belajar untuk mendidik diri menjadi lebih matang dalam pelbagai hal. Assalam :) 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment